Sunday, January 4, 2009

seloka 5 AL-RAZI 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ucapan kami pembuka seloka,
Kisah 5 Al-Razi yang ceria sentiasa,
Buat tatapan kamu semua.




Di Blok KBSM terletaknya kami,
Tingkat tiga, atas sekali,
Sungguh beruntung nasib kami,
Hari-hari jadi pengintip bersiri.




Pn pavayee guru kelas kami,
Bertahun-tahun mengajar Biologi,
Walaupun kami degil macam api,
Tapi cikgu tetap menjaga kami.




Diberi title Tok Penyu gabra,
Buat kami ketawa bila berbicara,
Lagu yang diminatinya buat kami sengsara,
Itula Wan-J ketua yang berwibawa.




Orangnya comel tak berapa tinggi,
Bila bercakap laju sekali,
Itulah dia cik Syazwani kami,
Asisstant yang sentiasa menjaga kualiti.




Dia ni memang suka berahsia,
Selalu menggedik buat kami ternganga,
Kalau mengutuk tiada tiga dan dua,
Itulah Adam prihatin orangnya.




Raihan memang suka menyanyi,
Sampai nak runtuh kelas kami,
Walaupun selalu menyakitkan hati,
Bila tak datang terasa sunyi.




Orangnya manis tersenyum sahaja,
Jarang bercakap kerja beres aja,
Suka membantu tak kira masa,
Tentulah Syuhaida tuan empunya.




Farhana memang gadis yang comel,
Selalu nervous dengan berstail,
Haziqah buat kerja terkebil-kebil,
Tapi kerjanya sangat berhasil.




Jayashree dan Atika pandai orangnya,
Hanya mengungguli carta teratas aja,
Walau begitu tentu ramai tak percaya,
Bila bergosip rancak tak terkata.




Gadis ini comel sekali,
Menjadi idaman semua lelaki,
Selalu sahaja menjadi rebutan kami,
Fellyscia Ozzy nama diberi.

Sekali pandang macam melayu,
Berhati-hati jangan tertipu,
Orangnya tersangatlah pemalu,
Itulah Mervin pembekal kertan nombor satu.




Gila kuasa panggilan diberi,
Bila bercakap tangan tak boleh berhenti,
Dia juga ketua AJK kedai kopi,
Semesti Shakinah pembahs yang dinanti.




Hazierah memang pandai berkata,
Selaras dengan ilmi di dada,
Mimie pula rakan disebelahnya,
Gadis ayu bersuara manja.




Kahlaai Vanne nama diberi,
Asyik ketawa susah nak berhenti,
Yogesh pula selalu senyum sendiri,
Mungkin teringat si jantung hati.




Sayang sayang Farahin sayang,
Suka memangggil diakhiri 'YANG',
Orangnya senag diajak berbincang,
Bila bercakap dah cukup terang.




Jarrald dan Sairam anggota KP,
Suka bercakap sesedap hati,
Anjing dan lembu kawan sejati,
Bukan mengutuk hanya menguji.




Berbaju hijau si Tina ayu,
Nampak rock macam kayu,
Tapi korang mesti tahu yang satu,
Dia ni sentimental selalu.




Naqiah nampak macam ayu,
Pagi-pagi muka toya selalu,
Semua orang memnag dah tahu,
Kalau dia ketawa dahsyat tu!!




kemana sahaja tetap berdua,
Tak kira bila dan dimana,
Cerita gossip dikongsi bersama,
Memem dan Afiqah itulah orangnya.




Berjiwa sentimental berkepala batu,
kene marah memang selalu,
Mengayat awek bakat nombor satu,
Itulah Amir bertokoh penghulu.




Asyura' dan kethy hilang selalu,
Bukan memonteng tak berhala tuju,
Orang macam mereka satu dalam seribu,
Aktif sukan sejak dulu.


Wan Najmi penghuni baru,

Orang kecil nampak pemalu,

Membawa tabiat suka beradu,

Misi hidup mahu berjaya selalu.






Tinggi lamapi Cik Hidayah kami,

Berkulit putih manis sekali,

Suaranya lantang jelas didengari,
Peramah, periang menjadi identiti.





Sekejap ada, sekejap tak ada,

Kami tak tahu apa masalahnya,

Namun begitu moga berjaya,

kepada Ridzuan Susmin selayaknya.





Sungguh sopan bila berbicara,

Kadang-kadang tak jelas apa yang dikatanya,
Jangan penasaran siapa gerangannya,
Pastilah Hafizuddin tiada lainnya.





Berbaju biru, sungguh ayu,

Semua perkara serba tahu,

Inilah Zahierah yang sporting selalu,
Bila diusik, tersipu malu.






Neeva dan Guna manis orangnya,
Jarang bercakap menyimpan suara,
Sentiasa tersenyum kurang hiba,
Rajin membantu mengeluarkan tenaga.





Bermata empat daripada fizikalnya,
Macam cina tapi melayu rupanya,
Suka menyakat itu hobinya,

Itulah Taufik putih sentiasa.






Nampak serius berwajah bulat,

Ke hulu ke hilir amat ligat,

Selaras dengan jawatan dijawat,

Itulah Syahirah kawan sejagat.






Wahai kawan, wahai teman,

Jari disusun mohon kemaafan,

Ini semua hanyalah gurauan,

Sebagai tanda kenang-kenangan.





Buai-buai, laju-laju,


5 AR nombor satu,


Kalau korang semua nak tahu,

5 AR,, WE LOVE YOU!!!






Tuai padi antara masak,

Esok jangan layu-layuan,

Intai kami antara nampak,

Esok jangan rindu-rinduan.


Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.



Selesai sudah seloka dicipta,
Selalu dibaca pengubat duka,
Akan datang harap berjumpa,
Di Universiti pilihan semua….


2 comments:

Syaz's Story Sharing said...

haha..
y x berape nak tinggi tu sedap di dengar!
hehe=P
miss u all..:P

felly said...

haha! suka yg jadi rebutan tuh.
wakaka.. :-p